loading...
Tahukah kamu jika menjadi seorang wanita dikatakan sebagai ahli syurga. Namun banyak sekali dugaan yang harus dihadapi seorang wanita ketika hidup di dunia.

Hal ini dikeranakan banyak dosa besar yang boleh dilakukan oleh wanita walaupun perbuatan tersebut dianggap remeh.
Ada beberapa perbuatan yang seringkali dilakukan oleh wanita dan perbuatan tersebut dianggap zina walaupun ramai orang yang tidak melakukannya secara nyata.
Seperti yang dikongsikan oleh web renunganislam, berikut ialah 5 perbuatan yang dianggap zina oleh wanita.
1. Melakukan Urusniaga dan Memakan Riba
Banyak wanita yang tahu jika riba itu perbuatan dosa namun masih saja ramai wanita yang tergoda dengan urusniaga riba bahkan dengan bangganya mereka memakan hasil riba yang dianggap menguntungkan itu.
Dan yang perlu wanita ketahui jika riba itu dosanya sangat besar daripada berzina 36 kali.
Bahkan menurut sabda Rasulullah SAW :
“Riba itu 73 pintu (dosa) Yang paling ringan adalah sama seperti dosa seseorang yang menzinai ibu kandungnya sendiri” (HR Alhakim dan Al Baihaqi).
2. Memakai Parfum Supaya Kaum Lelaki Mencium Baunya
Salah satu perbuatan yang sering dilakukan wanita dan dianggap dosa besar yakni memakai parfum supaya kaum lelaki menciumnya.
Banyak wanita yang ingin tampil cantik dan wangi ketika berada di samping lelaki.
Namun perbuatan seperti ini dianggap telah berdosa kerana telah memakai parfum berlebihan di depan lelaki yang bukan suaminya.
Dalam hadis Rasulullah bersabda :
“Wanita sesiapa sahaja yang memakai parfum kemudian melewati pada suatu kaum supaya mereka mencium bau parfum itu maka perempuan itu dianggap berzina” (HR An Nasa’i)”.
3. Bersentuhan Kulit Dengan Kaum Lelaki yang Bukan Mahramnya
Salah satu perbuatan yang diaggap dosa besar yakni wanita yang memperbolehkan kulit tubuhnya disentuh lelaki.
Bahkan wanita yang telah melakukan sentuhan tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya ini dianggap seperti berzina dengan azab yang paling dahsyat oleh Allah SWT.
Rasulullah bersabda: ” Zina tangan adalah dengan meraba (Menyentuh)” (HR Muslim).
4. Menyukai Sesama Jenis
Seseorang yang menyukai sesama jenis atau lesbian ini dianggap sebagai dosa besar dan termasuk penyakit kesucian.
Dalam kitab Ad Dawaa’, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dijelaskan jika perbuatan lesbian ini membuat pelakunya dikategorikan sebagai pezina.
“Disebutkan dalam sebagaian Atsar yang Marfu’: “Jika Seorang wanita mendatangi wanita yang lain maka keduanya adalah penzina ” tulis Ibnu Qayyim”.
5. Zina Anggota Tubuh Lainnya Seperti Zina Mata , Telinga atau Lisan
Perbuatan Zina yang dianggap dosa besar yakni zina mata , telinga atau lisan.
Perbuatan Zina ini mengakibatkan lawan jenis memiliki kesempatan banyak untuk melihat tubuh wanita yang pada akhirnya boleh membangkitkan syahwat lawan jenis.
Zina mata, telinga atau lisan semua perbuatan yang dilakukan dengan tujuan membangkitkan syahwat lawan jenis untuk menyentuh atau berkomunikasi tubuh dengannya.
Jadi, itulah dia kelima perbuatan yang dianggap zina dan perlu diketahui wanita.
Sumber: tribunnews.com
loading...
Related Posts :
Isteri Seorang Yg Baik, Last² Aku Ceraikan Dia Hanya Gara-Gara Apa Dia Buat Pukul 3 Pagi !!! Isteri Seorang Yg Baik, Last² Aku Ceraikan Dia Hanya Gara-Gara Apa Dia Buat Pukul 3 Pagi !!! KU… Read More...
Astaghfirullah! – ‘Maaf, I Dah ‘Main’ Dengan Suami You’ – Perbualan Whatsapp..Luluh Hati Isteri Astaghfirullah! – ‘Maaf, I Dah ‘Main’ Dengan Suami You’ – Perbualan Whatsapp..Luluh Hati Isteri … Read More...
PELAJAR PEREMPUAN BUNUH DIRI SELEPAS GURU SURUH JADI PELACUR GARA² LAMBAT BAYAR YURAN !!! PELAJAR PEREMPUAN BUNUH DIRI SELEPAS GURU SURUH JADI PELACUR GARA² LAMBAT BAYAR YURAN !!! Pel… Read More...
Merendahkan Martabat Wanita, Iklan Ramona Ini Diselar Netizen Tak Senonoh Merendahkan Martabat Wanita, Iklan Ramona Ini Diselar Netizen Tak Senonoh Tidak dapat… Read More...
"Pengalaman Bawa Motor Sangat Bahaya Macam Kena Serangan Panik" Saya dah lama tak menunggang motosikal. Dah bertahun. Semenjak berkahwin sehingga sekarang. Se… Read More...