《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Bakal Kahwin Janda. Ini Komen Hafiz Hamidun Yg Buat Ramai Peminat TERDIAM !!!

loading...

Bakal Kahwin Janda. Ini Komen Hafiz Hamidun Yg Buat Ramai Peminat TERDIAM !!!


Bakal Kahwin Janda. Ini Komen Hafiz Hamidun Yg Buat Ramai Peminat TERDIAM !!! | Semalam, selebriti Hafiz Hamidun mengesahkan beliau bakal memperisterikan pengasas produk kosmetik, Joy Revfa ataupun nama sebenarnya Siti Arifah Amin pada 1 Mei depan. Pengumuman Hafiz mendapat perhatian ramai juga sebenarnya yang tidak menyangka beliau akan berkahwin dengan Joy.
Berbicara mengenai status Joy yang merupakan seorang janda, Hafiz akui beliau tidak kisah dengan perkara itu dan sudah bersedia untuk menjadi bapa segera kepada anak lelaki Joy yang kini sudah berusia tiga tahun. Malah, sebelum ini Hafiz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak kisah jika dijodohkan dengan wanita berstatus ibu tunggal ataupun janda.
Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah.
Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat. Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan.
Menurut Hafiz, majlis pernikahannya dengan Joy dijangka berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam.
Semoga segala perancangan perkahwinan berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita : BH ONLINE via Beautifulnara
loading...