loading...
Saya dah lama tak menunggang motosikal. Dah bertahun. Semenjak berkahwin sehingga sekarang. Selalu naik kereta ja sebab ada anak kecil. Dulu zaman remaja rajin la naik moto.
Sekarang menaiki moto dah jadi keperluan. Sebab keadaan terlalu sesak tidak campur kes kemalangan, hujan banjir, etc. Lagi jem sampai kebelakang. Lewat ke tempat kerja pula nanti. Lagipun anak anak dh sekolah rendah.
Setelah lama tak membonceng moto, maka saya nak test skill balik baru baru ini. Moto lama Suzuki FX, moto nie time bawa ke sekolah dulu dulu. Ketika nak start enjin tak boleh, nak start tak boleh (moto lama tak ada starter ya) sebelum nie suami ja yg bawa tapi dia outstation sekarang.
Sakit kaki nak start, sampai krem pundi hempedu semua. Hampir nak putus asa ternampak ada budak lelaki berjalan, saya meminta pertolongan.
“Adik, Minta tolong kak sekejap, moto kak tak boleh start la… ”
“Jap, saya try.. Kak sila ketepi…”
Adik tu try start guna pedal kaki berapa kali sebelum dia check tempat pulas kunci.
“Kak, tempat kunci kak dh kiat, nie sangkut nie…”
Puncanya tempat pulas kunci tak buka sepenuhya (sangkut tak boleh pusing) dan beberapa kali selepas itu baru moto dah boleh start
Adik tu cakap lagi..
“Rasanya kak kena check pluq sekali. Rasanya macam terkena minyak”
“Ya ka, terima kasih dik.. Terima kasih banyak banyak tolong ”
Saya tak paham erti “terkena minyak ” tapi segan nak tanya, nanti lah saya google maksudnya. Atas jasa adik tu moto boleh start.
Saya naik moto dengan level konfiden yang amat rendah. Ketika masuk ke jalan besar rasa macam nak kena panic attacks sahaja. Ada lori besar, traler kontena, kereta laju berdesum, moto lain cilok rapat.
Masa tgh menunggang moto, tayar ada termasuk lubang dijalan, nasib baik tak tersungkur, sakitnya tidak terkira. Lepas tu perasan setengah setengah tempat ada skru dan paku bertaburan di tepi tepi jalan. Semua masih berkilat dan tidak berkarat dan nampak baru. Tidak lupa ada banyak pasir ditepi tepi sisi jalan. Bahaya jika break mengejut.
Jalan lagi dihadapan ternampak pula manhole ditengah jalan (manhole nie macam bentuk petak penutup di jalan raya). Masa nak sampai tu dh boleh agak level penutup tu agak tinggi sikit dari aras jalan. Maka saya ke tengah sedikit untuk mengelak. Ada kereta belakang datang laju dok hon hon pulak.. Aduh kau dah kenapa???.
Setibanya disimpang saya perasan signal moto tidak berkelip kelip di skrin, terlupa nak periksa sebelum naik moto tadi. Firasat saya mungkin rosak mungkin tidak , maka saya bagi signal guna tangan. Sebiji macam belajar memandu di JPJ. Sedepa tangan saya sua. Hahaaa
Simpang saya masuk tu ialah jalan sehala, entah dari arah mana ada 2,3 biji motosikal lawan arus. Memang menakutkan sebab nak elak. Belakang ada kereta, depan ada moto lawan arus. Hanya mampu berzikir sahaja. Berhenti terus dan bagi laluan kepada mereka.
Memang zaman sekarang fesyen lawan arus ka??? Bahaya tau bahaya….
Masuk terus ke bengkel motosikal, minta tolong periksa lubang kunci moto, uncle kedai tu ambil botol spray yang ada straw halus. Beliau masukkan kedalam tempat kunci dan ada buih buih sabun terkeluar. Lepas tu kunci dah boleh pusing tanpa tersekat dah. Saya tukar sekali pluq moto.
Settle hal moto saya nak keluar sampai ke traffic lights. Ketika menunggu tu saya menoleh ke kereta sebelah sekejap sebab nak tengok reflection diri sendiri. Tengok diri sendiri la katakan, siap perbetul helmet sekali.
Sekali owner kereta menjeling dari dalam.. Hahaha Aduh, kenapa dik? Kak tumpang tengok bayang diri sendiri dik bukan kak merenung orang didalam.. Senak perut memikirkan..
Selepas tu sambung ride, time nie level konfiden dah naik sikit. Rasa takut tu dah hilang sikit. Insyallah selepas ini boleh bawa jauh sikit. Hampir sampai kerumah, tiba di simpang tiga, kereta dihadapan saya tiba tiba masuk Kiri tanpa bagi signal. Nasib baik saya tak terlalu rapat. Kalu tak mesti dah tergolek tepi jalan. Tak sempat ambil no plet kereta tadi.. Peluh sejuk sekejap!
Terasa teramat lega apabila tiba sampainya ke rumah, Alhamdulillah berjaya juga setelah lama tak menunggang.
Pengajaran/nasihat/tips tips yang nak disampaikan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan:-
1. Jangan lawan arus, walaupun anda naik moto sahaja pun masih berbahaya kepada diri anda dan orang lain. Ikut peraturan lalu lintas. Melainkan anda Wolverine luka boleh sembuh sendiri silakan….
2. Bahayanya cilok cilok diantara kereta, sebab pemandu kereta tak nampak dan penunggang motosikal lain dari belakang pun kekadang tak sempat nak berhenti. Ingat cerita Flash ka???
3. Mohon sesangat guna la signal kiri kanan kalau nak masuk simpang. Terutamanya pemandu kenderaan, pembonceng moto tiada kuasa X-Men nak baca minda anda semua. Kami bukan Professor X…
4. Jika ditakdirkan nampaknya sesiapa dalam kesusahan tak kisah la moto atau kereta bantula setakat yg mampu. Tolong start kan enjin moto pun dah besar rahmat pada yg memerlukan. Pahala hooooo
5. Jika benar skru dan paku ditepi jalan ditabur demi kaut keuntungan renungkan kembali kerana Ia rezeki yg tidak berkat. Kalau terjumpa pelaku memang kena hamput berjemaah la
6. Kepada pemandu kereta jika ternampak pembonceng motosikal ditengah jalan harap bersabar seketika, mereka tengah mengelak sesuatu dan nanti akan ketepi jua. Tak perlu agaknya nak hon hon banyak banyak.
7. Owner kereta rileks la kalau kt mana simpang berhenti atau traffic lights ada riders moto dok tengok tengok. Mereka melihat reflection diri sendiri atau mereka mengkagumi kenderaan anda..
Sekian la pengalaman saya hari ini.. Terima kasih
loading...